Program Maxis eKelas Minggu ke-23
22 September 2019 | Aktiviti TerkiniBagi eKelas Maxis pada tarikh 20 dan 21 September 2019 merupakan eKelas yang telah memasuki minggu ke 23 bagi tahun 2019. Program eKelas telah hampir ke penghujung tahun dan membantu para pelajar bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun khususnya bagi pelajar yang akan menjawab peperiksaan besar seperti UPSR, PT3 dan SPM. Guru-guru eKelas dilihat memberi pelbagai tips untuk menjawab soalan peperiksaan dan memberi nota-nota penting kepada pelajar.
Para pelajar eKelas juga digalakkan untuk sering membuka Learning Port yang telah disediakan secara percuma oleh Maxis. Learning port adalah sebagai bahan bantuan belajar kepada pelajar kerana pelbagai kuiz dan soalan mengikut silibus pembelajaran masing-masing. Maxis turut membantu pelajar dengan memberi nota-nota padat di dalam Portal Maxis eKelas untuk dimuat turun oleh pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: